yang membuatkan aku rasa sedih lagi kepada isteri2 yang mempunyai suami yang sangat sayang pada nya tapi dia tidak mahu menghargai.
aku bekerja di sebuah kilang di mana pekerjanya majoriti adalah bangsa asing. Pekerja local pula hanya 15% sahaja.. aku tidak faham apa yang ada pada pekerja asing yang sampai boleh menjadi gilaan perempuan di sini. bahkan bukan hanya kilang aku saja, malah di tempat lain pun sama.
Bukan hanya anak dara yang minat pada mereka, isteri orang pun tidak terkecuali. nak kata bangsa asing sponsor duit. tak juga, sebab dekat kilang aku perempuan yang bagi duit pada budak bangsa asing tu.
masa sedang sarat mengandung, makcik kat kilang aku ni adalah nk tolong dia dengan mencarikan seorang pak sanggup utk berkahwin dengan dia. dan dia nampak macam setuju jela..
tapi selepas melahirkan, dan keluarga macam boleh terima dia, terus di tolak lamaran lelaki tu, kata muka pecah tak sesuai nak jadi suami dia. aku betul2 tak faham dengan manusia yang macam ni bila susah semua boleh terima, bila dah senang terus di buang ketepi. tidak kah dia fikir yang budak tu y tolong hantar dia ke hospital semasa sedang sakit nak bersalin dulu.
kalau nak di ceritakan banyak hal yang berlaku dalam kilang aku, terlalu banyak story sampai tidak boleh habis cerita walaupun 2 tahun...
jadi ini jela dulu entry aku pada hari ini.