assalamualaikum dan salam sejahtera...
selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada semua umat islam...
setelah sebulan kita menahan lapar dan dahaga disiang hari akhirnya kita telah selamat beraya pada hari ini....
aku suka sangat hari raya kerana banyak makanan yang diidamkan ada hanya di hari raya..
rumah aku hari raya tahun ni, buat ketupat dan laksa...
aku dan keluarga memang suka gila makan laksa,...rasa macam manis2 sedap je...
kuih-kuih raya pun dapat makan dengan banyak...tapi yang paling seronok dapat duit raya lah...heheheh korang dapat lagi tak duit raya...aku dapat eh tetiba lak...hehehhehe
hari raya ni, semua orang balik kampung... tapi aku tak balik pun sebab aku tak ada kampung...sedihnya...
untung lah korang yang ada kampung boleh balik dan jalan2...
hari nie raya, esok dah merdeka...semalam meriah gila kawasan rumah aku, jiran2 tak reti nak tidor dah tengah malam masih main mercun merdeka 2....macam aku dah duduk dekat zaman perang lak...tak henti2 lepas satu rumah ke satu rumah...macam berlawan lak...
bagi yang tak tahu mercun merdeka tue apa...tgk lah gambar dekat atas 2....
nie lak laksa johor...memang terbaik dan sedap gila....meleleh ayer liur,...
lebih kurang sama lah apa yang aku masak dengan gambar dekat atas.....tak ada masa nak ambil gambar la...
p/s raya-raya juga...jangan sampai lupa diri sudah...karang tak pasal2....
hari raya ni aku nak ucapkan selamat hari raya...,maaf zahir batin tak perlu rasanya...
ok....jangan makan sampai tak ingat dunia....hehehe tu untuk diri sendiri.....
Monday, 29 August 2011
Wednesday, 24 August 2011
Monday, 22 August 2011
3 fasa dalam bercinta
assalamualaikum dan salam sejahtera...
apa khabar semua...
hari ni aku teringat akan cerita kawan-kawan ku Kotak Bulat, dan fikawica mengenai fasa bercinta...
kalau kita yang tengah bercinta ni, mesti akan melalui beberapa fasa sebelum dapat meraihkan kebahagian yang paling di ingini....
selalunya orang yang bercinta untuk jangka masa yang panjang akan melalui tiga fasa utama sebelum melalui alam perkahwinan...
fasa pertama
dalam masa tiga atau empat bulan bercinta akan melalui satu perkara yang sentiasa menyeronokkan dan membahagiakan sepanjang masa... dimana pada masa tu pasangan anda semuanya bagus dan baik je di mata anda.... nak msg setiap masa pun boleh, bergayut sampai telinga berdarah pun sanggup...walau pun hanya nak reply "haha"
fasa kedua
selepas tiga bulan pertama mulalah berlaku perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemarahan atau sentiasa bergaduh... di mana kita di katakan akan bergaduh boleh hampir setiap hari..pantang ada tersilap sedikit mula lah nak bertekak... selalunya tak ramai yang akan lepas semasa fasa kedua ni...mesti ramai yang terkandas di situ...kalau yang terlepas pun mungkin disebabkan selalu bersabar dan pandai menjaga jodoh sendiri...biasanya fasa ini akan berakhir dalam masa lima ke enam bulan..kenyataannya fasa memang lama sebab dalam kita happy-happy mesti lebih banyak bergaduh..
fasa ketiga
selepas melalui fasa pertama dan kedua... boleh dikatakan dalam fasa ketiga ni, pasangan dah mula berasa selesa dan lebih memahami... dimana pasangan tidak lah terlalu mendesak atau memaksa pasangan lain untuk lebihkan perhatian... dalam fasa ini hubungan cinta menjadi kepada saling memerlukan dan bukannya dalam mood bunga-binga.... saling memerlukan tu bagi aku tidak selalu mengingati tetapi tidak mahu kehilangan...dalam fasa ni kebiasaan nya orang akan menyangkakan cinta dah hilang tapi bila dah kehilangan baru terasa sangat memerlukan dia....
p/s dalam bercinta perlulah ada kepercayaan sesama pasangan dan jangan terlalu berprasangka buruk terhadap pasangan...

Sunday, 21 August 2011
puisi ringkas
hidup ibarat lakonan yang telah ditentukan...
dan kita haruslah melakonkan sesebuah watak
itu untuk menjadi lebih baik dan menarik...
mencari atau pencarian
di dalam terang terlalu sukar..
walaupun kelihatan
tetapi sukar untuk di tentukan...
p/s demi menjelang hari raya nie...aq nk mohon maaf la andai terkasar bahasa tersilap kata...
manusia tak boleh dijangka...depan tunjuk baik...belakang tak tahu nak cerita macam mana.....

Wednesday, 17 August 2011
spontaneous thursday
kenali siapa diri kita, sebelum kita mengenali orang lain...
fahami kehendak kita, sebelum kita cuba faham kehendak orang lain...
kenali dan fahami diri sendiri boleh memudahkan kita mengenali dan memahami diri orang sekeliling....

Monday, 15 August 2011
watak novel yang terlalu sempurna
assalamualaikum dan salam sejahtera...
aku tiba-tiba je teringat akan perbualan aku dengan Kotak Bulat...
MT : wei kb ce tengok novel ni....watak dalam novel ni, sume terbaik la...
KB : ah' ko novel biasa la, watak semua nak perfect, jalan cerita semua nak fantasy.... kalau baik...baik jela..kalau jahat..jahat sesangat...watak mesti lah nak kacukan bermacam-macam keturunan ada...
MT : pe lak... ok la macam tu... baru lah peminat dapat menghayati perjalanan cerita yang seronok je...
KB : tak adanya...aku baca siap nak tidur dan macam rasa menyampah je baca novel tu..
MT : asal lak..ko ni tak ada langsung jiwa kreatif dan penghayatan yang dalam kat diri ko kan...
KB : tak best...tak best...novel nie memang tak best...aku tak suka fantasy aku suka cerita logik je...
MT : ko ni lau cakap sume nak menang je....malas la aku nak cakap dengan ko lagi...dan lagi satu ko jangan nak baca novel yang aku beli nie ek...(muka tengah bengang)
KB : ingat aku teringin sangat ke...x ada nya aku nak baca...
itu la serba sedikit yang aku ingat dalam perbualan aku dengan KB... memanglah watak dalam novel semuanya nak megah je... aku pun kadang-kadang tak suka juga...yela mana tak nya, kalau watak hero tu mesti kaya, segak dan macho, manakala kalau heroin lak mesti lah perempuan yang miskin dan lawa kononny muka melayu asli kan dan macam-macam lagilah....tapi peminat tetap tak jemu untuk membeli dan membaca novel tu walau mahal macam mana sekali pun....
p/s walau macam mana pun aku pun minat juga baca novel...sekiranya penuh dengan lawak dan tak adalah yang merepek tak tentu hala... macam novel alaf 21, norhayati berahim, dan koleksi ombak rindu, memang minat gile....hehhehehe..
baca lah novel.... hidup novel....

Subscribe to:
Posts (Atom)