Friday 7 April 2017

Tak Tahu Nak Kata Apa!!

aku pelik dengan orang yang bercinta ini, mungkin betul cinta itu buta tapi tidak kah mereka memikirkan masa akan datang...

yang membuatkan aku rasa sedih lagi kepada isteri2 yang mempunyai suami yang sangat sayang pada nya tapi dia tidak mahu  menghargai.

aku bekerja di sebuah kilang di mana pekerjanya majoriti adalah bangsa asing. Pekerja local pula hanya 15% sahaja.. aku tidak faham apa yang ada pada pekerja asing yang sampai boleh menjadi gilaan perempuan di sini. bahkan bukan hanya kilang aku saja, malah di tempat lain pun sama.

Bukan hanya anak dara yang minat pada mereka, isteri orang pun tidak terkecuali. nak kata bangsa asing sponsor duit. tak juga, sebab dekat kilang aku perempuan yang bagi duit pada budak bangsa asing tu.

ada satu individu ini, terlalu sayang pada nepal sehingga sanggup menyerahkan body pada mereka sehingga ter menggandung pula. masa mengandung yang nepal ni sudah lari balik ke negara sendiri tinggalkan perempuan tu sorang2 di sini. 

masa sedang sarat mengandung, makcik kat kilang aku ni adalah nk tolong dia dengan mencarikan seorang pak sanggup utk berkahwin dengan dia. dan dia nampak macam setuju jela..

tapi selepas melahirkan, dan keluarga macam boleh terima dia, terus di tolak lamaran lelaki tu, kata muka pecah tak sesuai nak jadi suami dia. aku betul2 tak faham dengan manusia yang macam ni bila susah semua boleh terima, bila dah senang terus di buang ketepi. tidak kah dia fikir yang budak tu y tolong hantar dia ke hospital semasa sedang sakit nak bersalin dulu.

kalau nak di ceritakan banyak hal yang berlaku dalam kilang aku, terlalu banyak story sampai tidak boleh habis cerita walaupun 2 tahun...

jadi ini jela dulu entry aku pada hari ini.

ok!!! sayonara....

Friday 31 March 2017

Hari ini tak tahu nak buat apa? jadi balek-balek gambar dalam phone, and ternampak gambar ni,
Wow!! Masa ni popular betul dengan aiskrim pasu sampai beratur panjang untuk membeli. harga pon bolehlah berpatutkan juga, rasa???? biasa jela cuma yang membezakannya sebab aiskrim di letakkan di dalam pasu bunga tu je yang uniknya,

p/s :- ada tak nanti orang buat aiskrim dalam plastic👬👱💘☺k baja,... HuHUHUHU cuma terfikir je....

Saturday 16 February 2013

DILEMA Kehidupan

Semakin jauh Aku melangkah semakin banyak Aku mengenali erti kehidupan manusia yang bermacam ragam. Tanpa kita sedari manusia ini kadangkala tidak berhati perut untuk memusnahkan kehidupan dan kebahagiaan orang lain. Aku seakan tidak mengerti mengapa mesti ada hasad dengki dalam kehidupan. Sepatutnya di zaman yang serba canggih ini, manusia lebih mengejarkan kebahagiaan dan kemewahan bukan nya kemusnahan.
.................
....................................

Monday 12 December 2011

masa pantas bergerak

dalam tak sedar, masa cepat sahaja berlalu...
dan aku sekarang sedang sibuk bekerja mencari nafkah untuk diri sendiri...
memang sukar untuk menghadapi hidup ini kalau dengan hanya berfoya-foya sahaja...

aku mahu kan kelainan dalam kehidupan supaya aku akan dapat memajukan diri lagi...
tapi aku tetap merindui masa lampau kerana aku mempunyai ramai kawan yang pelbagai ragam....
dalam tanpa ku sedari... dalam berkawan kita kena pandai memilih supaya tidak sesat di persimpangan yang salah...

aku  juga mahu semua kawan-kawanku akan maju dan berjaya dalam kehidupan masing-masing dan jangan hanya tahu bersuka ria sahaja sehingga melupakan impian yang pernah di impikan pada suatu masa dahulu....

walau apa pun yang berlaku... kita tetap kena terus ke hadapan dan bukannya ke belakang.. dalam perjalanan   hidup yang amat memerlukan pemerhatian yang penuh dari kita...

janganlah kita memilih jalan yang hitam mahupun gelap.... kerana jalan tersebut tiada lampu untuk kita lalui... dan boleh juga menyebabkan berlaku kemalangan di hari kemudiannya....

bumi akan terus berputar mengikut putaran paksinya... dan tidak akan berubah... kenapa tidak kita....
kita juga perlu mengikut jalan yang pasti untuk terus maju... apa pun yang berlaku pada masa yang lepas...lupakanlah dan yang mana buruk pertimbangkan balik... dan yang baik teruskan sahaja....

Tuesday 18 October 2011

kawan macam apa???????

sakit juga hati...
bila sering kali di tengelami mimpi ngeri...
aku semakin tidak mengerti apa yang berlaku ini....

kawan....
kadang kala memberi kesenangan...
tetapi kawan juga...
menyakitkan....

aku punya kawan sedemikian....
bila dia memerlukan aku sentiasa ada....
tapi bila perlukan.....
dia hilang entah kemana....

"aku ada ruang sendiri...
jangan tanya kenapa dan mengapa...
dewasa adalah aset aku....
ceria selalu sehingga ke tahap maksima...
terbang bersama aku...
jangan tuduh aku jahat sebelum kenal..
aku tahu apa aku buat tapi korang takkan pernah tahu,...
hidup ini mesti bebas...
makan, minum, bermain,...
atau jangan buat apa-apa...
ini adalah kehendak maksima aku...
tapi di hujungnya pasti ada sempadan....
ingat tu"

 kalaulah erti sahabat kekal seperti ini....pasti hidup lebih bermakna.....

Saturday 8 October 2011

ahli kumpulan perangai macam teeet

assalamualaikum dan salam sejahtera..
apa khabar semua.... lama dah aku tak dengar cerita...
sibuk lah sekarang ni, tak ada masa nak layan blog sangat...
tapi tiba-tiba hari nak tulis entry jap...

ni pun pasal kawan aku,....kira macam kawan rapat lah juga kan....(hehehe tak adalah rapat sangat )
kita orang kan dah semester akhir, jadi kenalah hasilkan satu projek.. untuk setiap kumpulan telah di bahagikan kepada tiga orang... tapi kawan aku ni cuma berdua saja, sebab yang lagi seorang tarik diri....

jadi di pendek kan cerita, si mangkuk ayun ni, dengan senang hati dan tanpa rasa bersalah buat keputusan tanpa berbincang dengan kawan aku ni, dia terus je hantar kedai suruh buat... kalau hantar dekat kedai yang betul dan memang punya kemahiran yang di perlukan tak apa... ni tak dia sengal gila boleh hantar dekat kedai yang memang tak tahu langsung nak buat projek yang di arahkan cuma boleh design saja....

lepas tu, mentang-mentang lah dia yang hantar kedai pastu semua resit dia nak pegang dan tak nak tunjukkan dekat kawan aku ni, apa yang dia tahu cuma nak duit je.... kalau member aku tak bagi, dia nak suruh member aku tarik diri.... dah lah mahal projek tu nak dekat Rm3000, pastu resit tak nak tunjuk....entah betul entah tak...aku tak tahu lah....

semalam kawan aku yang lagi seorang ni menyamar lah jadi member rapat aku ni, dan dia telefon si mangkuk tu, kawan aku cakap baik-baik je, dia boleh nak berangin dan maki kawan aku ni, yang tak boleh nak blah, mak dengan bapak dia boleh je nak sokong dia dan marah-marah kawan aku ni, kata tak nak beri kerjasama.... kawan aku cakap lah dia masuk kumpulan dengan si mangkuk tu pun sebab terpaksa kalau tak memang tak ada nya dia nak masuk...bapak mangkuk tu, terus senyap tak jadi nak membebel terus dia bagi HP tu kat mangkuk tu....pastu mangkuk tu berangin...dan dia nak ubah topik....dah la report akhir dengan proposal masa awal-awal kawan ni yang buat seorang2...tak ada pun dia nak mengungkit...mangkuk ni pulak baru buat kerja sikit dah mengungkit....mungkin dah memang sebab keturunan dia macam tu kot....
susah nak cerita.....

dalam telefon punya beria... bila jumpa depan-depan terus kaku....kecut...  
geram+benci+menyampah kalau ada member yang macam si mangkuk ni,,....

P/S kalau nak cari ahli kumpulan atau nak bekerja dalam kumpulan...cari lah yang boleh pakai dan tak ada nak keluarga masuk campur atau yang jenis ikut keturunan ni,... nanti macam-macam lah masalah yang akan timbul.....

Monday 5 September 2011

kain putih laju dengan percikan bunga api

assalamualaikum dan salam sejahtera...
apa khabar semua hope baik-baik dan sihat sejahtera hendaknya...

tiba-tiba hari ni aku teringat peristiwa dulu kala...masa zaman muda-muda dulu...hehehehhe...macam dah tua sangat...

kisah nya bermula dari sini, dimana pada suatu malam yang hening terdengar kicauan burung2 balik kerumah masing-masing...aku dan rakan-rakan bersiap sedia untuk bergerak menuju kesana.... kami telah berjanji untuk bertemu tepat pada pukul 7.15pm..

aku dan rakan-rakan bersama makcik-makcik dan pakcik-pakcik bersedia untuk menunaikan solat maghrib dan isyak berjemaah di surau yang ada di kampung kami...
masa tu, masih lagi dalam bulan syawal..

selepas solat kami melepak depan rumah kawan aku, dengan telekung masih di kepala... aku layan je dia orang berbual sampai tak sedar lak dah lewat sangat kita orang berborak....

aku mula lah takut nak balik rumah yela dah pukul 10.59 pm... nak balik rumah aku kena lalu kawasan rumah orang, gelap lak tu.... macam-macam bunyi ada masa tu, kawan aku tak nak teman kan aku balik sebab diaorang kata nanti kalau diaorang balik siapa nak temankan,...
'
aku dah nak nangis dah masa tu, yela gelap takut dan macam-macam yang aku bayangkan masa tu... takut pontianak muncul depan mata la...pocong lah,.. semua hantu aku dah bayangkan ada dekat situ...

entah macam mana kawan aku yang bernama shila bagi cadangan dekat aku, supaya nyalakan bunga api dan lari je sampai ke rumah.... mula-mula aku tak nak terima cadangan bodoh tu, tapi dah terpaksa nak buat macam mana pakai jela....dengan berbekalkan 3 batang bunga api, aku nyalakan satu-satu dan terus membuka langkah seribu...
kelakar gila masa tu, bila aku terbayang kan balik..

kalau ada gambar mesti seronok gila...keadaan yang gelap hanya nampak bunga api yang memercik dan kain putih yang berlari,..hahahahhahahahahah

p/s lain kali kalau nak pergi sembahyang berjemaah di masjid atau surau bawa lah lampu suluh sekali...heheheheh