Monday 12 December 2011

masa pantas bergerak

dalam tak sedar, masa cepat sahaja berlalu...
dan aku sekarang sedang sibuk bekerja mencari nafkah untuk diri sendiri...
memang sukar untuk menghadapi hidup ini kalau dengan hanya berfoya-foya sahaja...

aku mahu kan kelainan dalam kehidupan supaya aku akan dapat memajukan diri lagi...
tapi aku tetap merindui masa lampau kerana aku mempunyai ramai kawan yang pelbagai ragam....
dalam tanpa ku sedari... dalam berkawan kita kena pandai memilih supaya tidak sesat di persimpangan yang salah...

aku  juga mahu semua kawan-kawanku akan maju dan berjaya dalam kehidupan masing-masing dan jangan hanya tahu bersuka ria sahaja sehingga melupakan impian yang pernah di impikan pada suatu masa dahulu....

walau apa pun yang berlaku... kita tetap kena terus ke hadapan dan bukannya ke belakang.. dalam perjalanan   hidup yang amat memerlukan pemerhatian yang penuh dari kita...

janganlah kita memilih jalan yang hitam mahupun gelap.... kerana jalan tersebut tiada lampu untuk kita lalui... dan boleh juga menyebabkan berlaku kemalangan di hari kemudiannya....

bumi akan terus berputar mengikut putaran paksinya... dan tidak akan berubah... kenapa tidak kita....
kita juga perlu mengikut jalan yang pasti untuk terus maju... apa pun yang berlaku pada masa yang lepas...lupakanlah dan yang mana buruk pertimbangkan balik... dan yang baik teruskan sahaja....

No comments: