Monday 29 August 2011

juadah pagi raya

assalamualaikum dan salam sejahtera...
selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada semua umat islam...
setelah sebulan kita menahan lapar dan dahaga disiang hari akhirnya kita telah selamat beraya pada hari ini....

aku suka sangat hari raya kerana banyak makanan yang diidamkan ada hanya di hari raya..
rumah aku hari raya tahun ni, buat ketupat dan laksa...
aku dan keluarga memang suka gila makan laksa,...rasa macam manis2 sedap je...
kuih-kuih raya pun dapat makan dengan banyak...tapi yang paling seronok dapat duit raya lah...heheheh korang dapat lagi tak duit raya...aku dapat eh tetiba lak...hehehhehe

hari raya ni, semua orang balik kampung... tapi aku tak balik pun sebab aku tak ada kampung...sedihnya...
untung lah korang yang ada kampung boleh balik dan jalan2...

hari nie raya, esok dah merdeka...semalam meriah gila kawasan rumah aku, jiran2 tak reti nak tidor dah tengah malam masih main mercun merdeka 2....macam aku dah duduk dekat zaman perang lak...tak henti2 lepas satu rumah ke satu rumah...macam berlawan lak...

bagi yang tak tahu mercun merdeka tue  apa...tgk lah gambar dekat atas 2....

nie lak laksa johor...memang terbaik dan sedap gila....meleleh ayer liur,...
lebih kurang sama lah apa yang aku masak dengan gambar dekat atas.....tak ada masa nak ambil gambar la...


p/s raya-raya juga...jangan sampai lupa diri sudah...karang tak pasal2....
      hari raya ni aku nak ucapkan selamat hari raya...,maaf zahir batin tak perlu rasanya...
      ok....jangan makan sampai tak ingat dunia....hehehe tu untuk diri sendiri.....

Monday 22 August 2011

3 fasa dalam bercinta

assalamualaikum dan salam sejahtera...
apa khabar semua...

hari ni aku teringat akan cerita kawan-kawan ku Kotak Bulat, dan fikawica mengenai fasa bercinta...

kalau kita yang tengah bercinta ni, mesti akan melalui beberapa fasa sebelum dapat meraihkan kebahagian yang paling di ingini....

selalunya orang yang bercinta untuk jangka masa yang panjang akan melalui tiga fasa utama sebelum melalui alam perkahwinan...

fasa pertama
dalam masa tiga atau empat bulan bercinta akan melalui satu perkara yang sentiasa menyeronokkan dan membahagiakan sepanjang masa... dimana pada masa tu pasangan anda semuanya bagus dan baik je di mata anda.... nak msg setiap masa pun boleh, bergayut sampai telinga berdarah pun sanggup...walau pun hanya nak reply "haha"

fasa kedua
selepas tiga bulan pertama mulalah berlaku perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemarahan atau sentiasa bergaduh... di mana kita di katakan akan bergaduh boleh hampir setiap hari..pantang ada tersilap sedikit mula lah nak bertekak... selalunya tak ramai yang akan lepas semasa fasa kedua ni...mesti ramai yang terkandas di situ...kalau yang terlepas pun mungkin disebabkan selalu bersabar dan pandai menjaga jodoh sendiri...biasanya fasa ini akan berakhir dalam masa lima ke enam bulan..kenyataannya fasa memang lama sebab dalam kita happy-happy mesti lebih banyak bergaduh..

fasa ketiga
selepas melalui fasa pertama dan kedua... boleh dikatakan dalam fasa ketiga ni, pasangan dah mula berasa selesa dan lebih memahami... dimana pasangan tidak lah terlalu mendesak atau memaksa pasangan lain untuk lebihkan perhatian... dalam fasa ini hubungan cinta menjadi kepada saling memerlukan dan bukannya dalam mood bunga-binga.... saling memerlukan tu bagi aku tidak selalu mengingati tetapi tidak mahu kehilangan...dalam fasa ni kebiasaan nya orang akan menyangkakan cinta dah hilang tapi bila dah kehilangan baru terasa sangat memerlukan dia....

p/s dalam bercinta perlulah ada kepercayaan sesama pasangan dan jangan terlalu berprasangka buruk terhadap pasangan...

Sunday 21 August 2011

puisi ringkas

hidup ibarat lakonan yang telah ditentukan...
dan kita haruslah melakonkan sesebuah watak
itu untuk menjadi lebih baik dan menarik...

mencari atau pencarian
di dalam terang terlalu sukar..
walaupun kelihatan
tetapi sukar untuk di tentukan...

p/s demi menjelang hari raya nie...aq nk mohon maaf la andai terkasar bahasa tersilap kata...
manusia tak boleh dijangka...depan tunjuk baik...belakang tak tahu nak cerita macam mana.....

Wednesday 17 August 2011

spontaneous thursday

kenali siapa diri kita, sebelum kita mengenali orang lain...
fahami kehendak kita, sebelum kita cuba faham kehendak orang lain...
kenali dan fahami diri sendiri boleh memudahkan kita mengenali dan memahami diri orang sekeliling....

wordless wednesday


Monday 15 August 2011

watak novel yang terlalu sempurna

assalamualaikum dan salam sejahtera...
aku tiba-tiba je teringat akan perbualan aku dengan Kotak Bulat...

MT : wei kb ce tengok novel ni....watak dalam novel ni, sume terbaik la...

KB : ah' ko novel biasa la, watak semua nak perfect, jalan cerita semua nak fantasy.... kalau baik...baik jela..kalau jahat..jahat sesangat...watak mesti lah nak kacukan bermacam-macam keturunan ada...

MT : pe lak... ok la macam tu... baru lah peminat dapat menghayati perjalanan cerita yang seronok je...

KB : tak adanya...aku baca siap nak tidur dan macam rasa menyampah je baca novel tu..

MT : asal lak..ko ni tak ada langsung jiwa kreatif dan penghayatan yang dalam kat diri ko kan...

KB : tak best...tak best...novel nie memang tak best...aku tak suka fantasy aku suka cerita logik je...

MT : ko ni lau cakap sume nak menang je....malas la aku nak cakap dengan ko lagi...dan lagi satu ko jangan nak baca novel yang aku beli nie ek...(muka tengah bengang)

KB : ingat aku teringin sangat ke...x ada nya aku nak baca...

itu la serba sedikit yang aku ingat dalam perbualan aku dengan KB... memanglah watak dalam novel semuanya nak megah je... aku pun kadang-kadang tak suka juga...yela mana tak nya, kalau watak hero tu mesti kaya, segak dan macho, manakala kalau heroin lak mesti lah perempuan yang miskin dan lawa kononny muka melayu asli kan dan macam-macam lagilah....tapi peminat tetap tak jemu untuk membeli dan membaca novel tu walau mahal macam mana sekali pun....

p/s walau macam mana pun aku pun minat juga baca novel...sekiranya penuh dengan lawak dan tak adalah yang merepek tak tentu hala... macam novel alaf 21, norhayati berahim, dan koleksi ombak rindu, memang minat gile....hehhehehe..

baca lah novel.... hidup novel....




Saturday 13 August 2011

my teletubbies friend

assalamualaikum dan salam sejahtera...
salam satu malaysia..salam salaman di antara kita...
dah mula lah aku nak merepek kan...

ok la malam nie aku tak ada benda pun nak cerita cume tiba-tibe aku terjumpa balik gambar aku dengan kawan-kawan nie...gambar nie di ambil masa semester lepas...masa tu kitaorang di panggil teletubies...
nie boleh di katakan teletubies group la...hehehhehehe


mula-mula kelas aku dua orang je pelajar perempuan lepas tue tambah lagi 3 orang jadi mulaya lima, tapi kawan aku yang sorang tu benti la plak...jadi ada 4 orang la bunga dalam kelas aku tu....

dan kerana itu lah, kitaorang buat gelaran teletubies.....
comel kan...hish aku nie nak bangga la pula...hahhahaha


cube teka sape je yang ada dlam gmbar di atas selain aku...... diorang pun blogger juga... ada yang terkenal gak la...tapi mana satu mereka....

p/s ini saja jew...tak tahu nak entry pasai pe ag....
hope tak kisahlah kan....

Thursday 11 August 2011

Tragedi Menhantui ku

assalamualaikum dan salam sejahtera...
hai apa khabar semua...di harap sihat je la kan....

aku nak cerita sikit la pasal tragedi yg menimpa aku semalam...
korang tahu tak? petang semalam waktu aku sedang khusyuk gila blogwalking, tiba-tiba je.....
muncul seekor burung nie comel gila....macam aku nak bela je....comel gila kalau makan pun sedap gak lebih-lebih lagi kalau masak lemak cili padi cecah dengan cencalok atau tempoyak pegh sedap gila...
eh..eh apa aku merepek nie....nampak sangat dah lapar kan...hahaha
oklah kembali kepada cerita...
aku sebenarnya tak tahu macammana entah burung tu boleh masuk ke dalam rumah tanpa menggunakan akal dengan jangka yang panjang aku pun teringatlah yang orang-orang tua dulu pernah berkata...ayat nak skema...
"kalau ade binatang yang boleh terbang masuk rumah tu bermaksud adalah orang nak datang meminang atau merisik kita nie"
aku apa lagi dengan penuh semangat dan terujanya aku pun panggil la burung tu supaya datang dekat aku...."come to mama...come to mama..." burung tu pula macam faham je apa yang aku cakap, dan dia terus je nak datang dekat aku...
hah time tu lah bermula tragedi yang mengerikan tu....aku terus tergamam kot tengok burung tu tak dapat mengawal kelajuan dan terus tanpa segan dan silunya dia boleh pula langgar kipas yang sedang berputar ligat....sentap hati mak nie.....
lepas beberapa saat kejadian tu berlaku, aku terus kalut tengok kepala burung tu boleh pulak ada dekat bawah meja aku, badan dia dekat dengan penyidai dan kepak melekat dekat dinding...darah tak payah nak cerita lah memang dah ada terpalik kat dinding...aku tengok je dah nak rasa mual...nasib baik ada member-menber aku yang tolong bersihkan kalau tak...tak adanya aku nak tidor dekat bilik tu lagi...
tapi aku masih berfikir lagi...
apa maksud tanda yang macam tu kan???? mungkin orang yang nak masuk meminang aku tu putus kepala ke???hahahhaha...


p/s tak perlu rasanya terlalu percaya pada benda - benda yang mengaruk nie kan...
jadi renung2kan dan selamat beramal...nak beramal apa pun aku tak tahu la..... :)

aku sebuah buku

assalamualaikum dan salam sejahtera...
hari ini aku nak buat karangan darjah 4....
jom kita baca ramai-ramai...

Aku telah di cipta pada awal bulan februari tahun 2011. Aku di perbuat daripada timbunan kertas yang nipis dan rata lalu di kepil menjadi buku. Aku telah di pasarkan di pasaran antarabangsa, setelah beberapa bulan dipromosikan aku akhirnya di beli oleh seorang yang baik hati dan penyayang. Aku berasa sangat gembira kerana aku boleh pergi dari situ.

Sampai sahaja dirumah aku telah dikeluarkan dari bungkusan dan tuan aku sudah bersedia untuk mencoret sesuatu di tubuh aku, malangnya belum sempat mata pen tersentuh tubuhku, tuan aku telah di panggil oleh ibunya di dapur dan aku ditinggalkan keseorangan disitu. Pada malam itu, tuan aku telah bersedia untuk mencoret sesuatu di tubuh ku. Aku berasa sangat gembira, setiap hari tuan aku akan menulis sesuatu di tubuh ku. Aku berasa bangga kerana tuan aku amat menyayangi diriku, tetapi nasib aku tidak terlalu baik kerana kasih sayangnya tidak lama.

Aku telah terlibat dalam ribut petir yang melanda kawasan penginapan tuan aku. Ribut yang melanda itu terlalu kuat sehingga tanpa di sedari aku telah terlepas dari pengangan yang kuat oleh tuan ku. Aku mula merasakan yang diri aku telah di bawa pergi oleh air yang deras mengalir sehingga jatuh ke dalam longkang. Setelah setengah jam ribut yang melanda itu reda, tuan aku mencari aku dan memungut aku kembali. Aku berasa sangat gembira kerana tuan aku sayang sangat kepada aku, tetapi kegembiraan aku hanyalah sementara tuan aku telah membuang aku semula apabila dia merasakan yang aku ini tidak boleh digunapakai lagi. Aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, yang aku pasti aku hanya mampu pasrah terhadap apa yang berlaku, kini aku sedar bahawa aku hanyalah sebuah buku yang boleh di campakkan kemana sahaja setelah aku tidak berguna.
sekian......


p/s manusia ni sama sahaja macam buku, bila diperlukan ada saja di depan mata......bila dah rasa tidak berguna buang saja macam habis madu sepah dibuang....

Wednesday 10 August 2011

TIADA KATA

assalamualaikum dan salam sejahtera...


p/s andai idup penuh ceria...tiba msenya bertukar duka....
jgn sekali mentangisi keidopan semalam....carilah jalan tok mengubah keidopan dimase kini...
peace yoooooo...

Wednesday 3 August 2011

bila aku sudah berpuitis

assalamualaikum dan salam sejahtera...
alhamdulillah, syukur kepada mu kerana dengan rezekimu dapat aku berbuka puasa hari ini...
hari ini aku x de idea nak bercerita....jadi aku mengarot jela....

di bulan ramadhan yang indah ini....
cahaya nya menyinari seluruh umat islam...
di bulan ini, suasana begitu meriah dan aman sekali...
aku bersyukur dapat menghirup udara segar di sini...

kita manusia, tak pernah lari dari melakukan kesilapan....
kita juga tidak berhak untuk menyatakan sape salah sape betul..
dalam kehidupan begitu banyak dugaan dan cabaran...
kita cuma perlu menghadapinya dengan tenang dan tidak gopoh....


hati kita ini suci...
tapi dalam kesucian ada juga kejahatan...
begitu sukar untuk memenggannya dan susah juga untuk menjaganya...
kita perlu bijak dalam melakukan apa sahaja kerja yang dilakukan...
semua yang berlaku atau terjadi adalah nasib dan dugaan kita,...
jadi kita perlu kuat semangat dan usaha lebih sikit...

moga idop kita lebih bermakna lagi....
p/s sume ni rekaan semata-mata...saja jew nak hilang kan kebusanan yang tahap melampau nie..

Tuesday 2 August 2011

APA ITU "C_N_A"

assalamualaikum dan salam sejahtera...
apa khabar sume...
puasa tak hari ini???
puasa tau jangan tak puasa lak..huhhuhuuuh

aku tak tahu macam mana aku nak buat....
aku ada suka kat seseorang nie, tapi aku tak tahu macam mana nak cakap kat si dia yang aku suka dia...
pelik lah aku ni, banyak kot lelaki dalam dunia ni, kenapa aku mesti nak suka kat dia...

cinta...
kenapa kau hadir dalam keadaan aku yang alpa...
bahagiakah kita yang dilamun cinta...
ada apa dengan cinta...dah macam tajuk lagu lah plak...


manusia sering berasa gembira...
bila mendapat sesuatu...
tetapi...
mereka lupa...
kepada yang bernasib malang...

perasaan...
muncul sebagai penenang...
menjadi sahabat ketika duka....