Saturday, 8 October 2011

ahli kumpulan perangai macam teeet

assalamualaikum dan salam sejahtera..
apa khabar semua.... lama dah aku tak dengar cerita...
sibuk lah sekarang ni, tak ada masa nak layan blog sangat...
tapi tiba-tiba hari nak tulis entry jap...

ni pun pasal kawan aku,....kira macam kawan rapat lah juga kan....(hehehe tak adalah rapat sangat )
kita orang kan dah semester akhir, jadi kenalah hasilkan satu projek.. untuk setiap kumpulan telah di bahagikan kepada tiga orang... tapi kawan aku ni cuma berdua saja, sebab yang lagi seorang tarik diri....

jadi di pendek kan cerita, si mangkuk ayun ni, dengan senang hati dan tanpa rasa bersalah buat keputusan tanpa berbincang dengan kawan aku ni, dia terus je hantar kedai suruh buat... kalau hantar dekat kedai yang betul dan memang punya kemahiran yang di perlukan tak apa... ni tak dia sengal gila boleh hantar dekat kedai yang memang tak tahu langsung nak buat projek yang di arahkan cuma boleh design saja....

lepas tu, mentang-mentang lah dia yang hantar kedai pastu semua resit dia nak pegang dan tak nak tunjukkan dekat kawan aku ni, apa yang dia tahu cuma nak duit je.... kalau member aku tak bagi, dia nak suruh member aku tarik diri.... dah lah mahal projek tu nak dekat Rm3000, pastu resit tak nak tunjuk....entah betul entah tak...aku tak tahu lah....

semalam kawan aku yang lagi seorang ni menyamar lah jadi member rapat aku ni, dan dia telefon si mangkuk tu, kawan aku cakap baik-baik je, dia boleh nak berangin dan maki kawan aku ni, yang tak boleh nak blah, mak dengan bapak dia boleh je nak sokong dia dan marah-marah kawan aku ni, kata tak nak beri kerjasama.... kawan aku cakap lah dia masuk kumpulan dengan si mangkuk tu pun sebab terpaksa kalau tak memang tak ada nya dia nak masuk...bapak mangkuk tu, terus senyap tak jadi nak membebel terus dia bagi HP tu kat mangkuk tu....pastu mangkuk tu berangin...dan dia nak ubah topik....dah la report akhir dengan proposal masa awal-awal kawan ni yang buat seorang2...tak ada pun dia nak mengungkit...mangkuk ni pulak baru buat kerja sikit dah mengungkit....mungkin dah memang sebab keturunan dia macam tu kot....
susah nak cerita.....

dalam telefon punya beria... bila jumpa depan-depan terus kaku....kecut...  
geram+benci+menyampah kalau ada member yang macam si mangkuk ni,,....

P/S kalau nak cari ahli kumpulan atau nak bekerja dalam kumpulan...cari lah yang boleh pakai dan tak ada nak keluarga masuk campur atau yang jenis ikut keturunan ni,... nanti macam-macam lah masalah yang akan timbul.....

2 comments:

misz farahniza said...

bersabar yekkkk !!!

RinsyaRyc said...

biasalah manusia.. rambut sama hati laen2..