Monday 5 September 2011

kain putih laju dengan percikan bunga api

assalamualaikum dan salam sejahtera...
apa khabar semua hope baik-baik dan sihat sejahtera hendaknya...

tiba-tiba hari ni aku teringat peristiwa dulu kala...masa zaman muda-muda dulu...hehehehhe...macam dah tua sangat...

kisah nya bermula dari sini, dimana pada suatu malam yang hening terdengar kicauan burung2 balik kerumah masing-masing...aku dan rakan-rakan bersiap sedia untuk bergerak menuju kesana.... kami telah berjanji untuk bertemu tepat pada pukul 7.15pm..

aku dan rakan-rakan bersama makcik-makcik dan pakcik-pakcik bersedia untuk menunaikan solat maghrib dan isyak berjemaah di surau yang ada di kampung kami...
masa tu, masih lagi dalam bulan syawal..

selepas solat kami melepak depan rumah kawan aku, dengan telekung masih di kepala... aku layan je dia orang berbual sampai tak sedar lak dah lewat sangat kita orang berborak....

aku mula lah takut nak balik rumah yela dah pukul 10.59 pm... nak balik rumah aku kena lalu kawasan rumah orang, gelap lak tu.... macam-macam bunyi ada masa tu, kawan aku tak nak teman kan aku balik sebab diaorang kata nanti kalau diaorang balik siapa nak temankan,...
'
aku dah nak nangis dah masa tu, yela gelap takut dan macam-macam yang aku bayangkan masa tu... takut pontianak muncul depan mata la...pocong lah,.. semua hantu aku dah bayangkan ada dekat situ...

entah macam mana kawan aku yang bernama shila bagi cadangan dekat aku, supaya nyalakan bunga api dan lari je sampai ke rumah.... mula-mula aku tak nak terima cadangan bodoh tu, tapi dah terpaksa nak buat macam mana pakai jela....dengan berbekalkan 3 batang bunga api, aku nyalakan satu-satu dan terus membuka langkah seribu...
kelakar gila masa tu, bila aku terbayang kan balik..

kalau ada gambar mesti seronok gila...keadaan yang gelap hanya nampak bunga api yang memercik dan kain putih yang berlari,..hahahahhahahahahah

p/s lain kali kalau nak pergi sembahyang berjemaah di masjid atau surau bawa lah lampu suluh sekali...heheheheh

5 comments:

abghani said...

tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain

Anonymous said...

hahaha

budakijaupendek said...

hehe
kelakar jugak.
kesian ade 3 btg bunge api je die =D

nadeafu chan said...

sempat sampai rumah tak dgn berbekalkan 3 batang bunga api je?aha

kocix! said...

hahaha..
org lain nampak mesti ingat pontianak terbakor..