Thursday 11 August 2011

aku sebuah buku

assalamualaikum dan salam sejahtera...
hari ini aku nak buat karangan darjah 4....
jom kita baca ramai-ramai...

Aku telah di cipta pada awal bulan februari tahun 2011. Aku di perbuat daripada timbunan kertas yang nipis dan rata lalu di kepil menjadi buku. Aku telah di pasarkan di pasaran antarabangsa, setelah beberapa bulan dipromosikan aku akhirnya di beli oleh seorang yang baik hati dan penyayang. Aku berasa sangat gembira kerana aku boleh pergi dari situ.

Sampai sahaja dirumah aku telah dikeluarkan dari bungkusan dan tuan aku sudah bersedia untuk mencoret sesuatu di tubuh aku, malangnya belum sempat mata pen tersentuh tubuhku, tuan aku telah di panggil oleh ibunya di dapur dan aku ditinggalkan keseorangan disitu. Pada malam itu, tuan aku telah bersedia untuk mencoret sesuatu di tubuh ku. Aku berasa sangat gembira, setiap hari tuan aku akan menulis sesuatu di tubuh ku. Aku berasa bangga kerana tuan aku amat menyayangi diriku, tetapi nasib aku tidak terlalu baik kerana kasih sayangnya tidak lama.

Aku telah terlibat dalam ribut petir yang melanda kawasan penginapan tuan aku. Ribut yang melanda itu terlalu kuat sehingga tanpa di sedari aku telah terlepas dari pengangan yang kuat oleh tuan ku. Aku mula merasakan yang diri aku telah di bawa pergi oleh air yang deras mengalir sehingga jatuh ke dalam longkang. Setelah setengah jam ribut yang melanda itu reda, tuan aku mencari aku dan memungut aku kembali. Aku berasa sangat gembira kerana tuan aku sayang sangat kepada aku, tetapi kegembiraan aku hanyalah sementara tuan aku telah membuang aku semula apabila dia merasakan yang aku ini tidak boleh digunapakai lagi. Aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, yang aku pasti aku hanya mampu pasrah terhadap apa yang berlaku, kini aku sedar bahawa aku hanyalah sebuah buku yang boleh di campakkan kemana sahaja setelah aku tidak berguna.
sekian......


p/s manusia ni sama sahaja macam buku, bila diperlukan ada saja di depan mata......bila dah rasa tidak berguna buang saja macam habis madu sepah dibuang....

2 comments:

arituarini said...

kesian kt buku tu..kdg2 cepat lupa jasa buku..smpai kita jd pndai...

myra yusreena said...

hhaha.over gile buku tu terlibat dlm ribut petir..dasyat2..hehe

but i agree with d last word.

habis madu sepah dibuang.

yeahh sangat manusia..huhu..