Monday 22 August 2011

3 fasa dalam bercinta

assalamualaikum dan salam sejahtera...
apa khabar semua...

hari ni aku teringat akan cerita kawan-kawan ku Kotak Bulat, dan fikawica mengenai fasa bercinta...

kalau kita yang tengah bercinta ni, mesti akan melalui beberapa fasa sebelum dapat meraihkan kebahagian yang paling di ingini....

selalunya orang yang bercinta untuk jangka masa yang panjang akan melalui tiga fasa utama sebelum melalui alam perkahwinan...

fasa pertama
dalam masa tiga atau empat bulan bercinta akan melalui satu perkara yang sentiasa menyeronokkan dan membahagiakan sepanjang masa... dimana pada masa tu pasangan anda semuanya bagus dan baik je di mata anda.... nak msg setiap masa pun boleh, bergayut sampai telinga berdarah pun sanggup...walau pun hanya nak reply "haha"

fasa kedua
selepas tiga bulan pertama mulalah berlaku perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemarahan atau sentiasa bergaduh... di mana kita di katakan akan bergaduh boleh hampir setiap hari..pantang ada tersilap sedikit mula lah nak bertekak... selalunya tak ramai yang akan lepas semasa fasa kedua ni...mesti ramai yang terkandas di situ...kalau yang terlepas pun mungkin disebabkan selalu bersabar dan pandai menjaga jodoh sendiri...biasanya fasa ini akan berakhir dalam masa lima ke enam bulan..kenyataannya fasa memang lama sebab dalam kita happy-happy mesti lebih banyak bergaduh..

fasa ketiga
selepas melalui fasa pertama dan kedua... boleh dikatakan dalam fasa ketiga ni, pasangan dah mula berasa selesa dan lebih memahami... dimana pasangan tidak lah terlalu mendesak atau memaksa pasangan lain untuk lebihkan perhatian... dalam fasa ini hubungan cinta menjadi kepada saling memerlukan dan bukannya dalam mood bunga-binga.... saling memerlukan tu bagi aku tidak selalu mengingati tetapi tidak mahu kehilangan...dalam fasa ni kebiasaan nya orang akan menyangkakan cinta dah hilang tapi bila dah kehilangan baru terasa sangat memerlukan dia....

p/s dalam bercinta perlulah ada kepercayaan sesama pasangan dan jangan terlalu berprasangka buruk terhadap pasangan...

7 comments:

Memory said...

shera ada seorang kawan... kesian kat dia... mula2 bercinta baik tapi baru beberapa bulan dah ditinggalkan macam tu je.. tak ada alasan langsung...

abghani said...

dlm blog aku ada entri..jgn sia siakan cinta pertama anda

PCL said...

salam, pCL dah masuk fasa 4...selamat menempuhi kesemuanya dgn jayanya. syukur alhamdulillah.

kocix! said...

fasa ke 4 xde ke?

kalo ade, mesti part yang dah bosan dgn pasangan..
hahha..

adehh

Chachos Cheezy Wedges said...

hahaha... nice blog!! ^___^

Anonymous said...

huhu..btul3..ade pahit n manis.. ^^

EmpayarUtama said...

hehe... kepercayaan... abis tu asyik putus je camna nak buat?